Frens

Epilog Sebuah Kegagalan



Teman...
Seandainya suatu hari nanti,
ditakdirkan usahamu menemui kegagalan
usahlah kau berputus asa
janganlah kau jadikan kegagalan itu
tembok pemisah antara dirimu
dengan Kejayaan...

Teman...
Tanamkanlah semangat perjuangan harmoni
di dalam sanubarimu, Demi sebuah kejayaan
yang pasti akan kau gengami
sekiranya usahamu tidak mengenal erti jemu
sesungguhnya kejayaan bukanlah semudah yang kita impikan
tidak semudah yang kita angan-angankan
kerana.... Kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan
yang tiada taranya...
Berusahalah!! Berkorbanlah!! demi menuju kepuncak
menara impian.

Teman...
Buangkanlah jua erti putus asa dari kamus hidupmu
kerana kegagalan tidak akan putus
mengunjungi kembara hidupmu
selagi kau masih mampu berdiri
tegak di muka bimi ini...

No comments:

Post a Comment

Link Pelawat Akuzz